20/4/2018
Dalam kemas kini penyeimbangan ini, kami melihat pada Putera Kejahatan, Goblin Lembing, Tong Orang Gasar dan banyak lagi! Baca selanjutnya
10/4/2018
Kami akan membuang Peti Klan - Ketahui Sebabnya! Baca selanjutnya
5/4/2018
8 dek dicipta dan diundi untuk komuniti reddit ... Baca selanjutnya
3/4/2018
Memperkenalkan Pasukan Liga Clash Royale 2018 ... Baca selanjutnya
Clash Royale adalah permainan kad PvP yang pantas. Kumpul askar-askar Clash dan gunanya untuk menghuru-harakan menara lawan anda!
Beberapa ahli pengasas Clash Royale juga merupakan ahli pasukan permainan Clash of Clans. Tetapi, kini tiada pembangun yang bekerja untuk kedua-dua Clash Royale dan Clash of Clans. Kami merancang untuk kekal asingkan kedua-dua pasukan ini.
Clash Royale bukan Clash of Clans 2. Kami akan terus membangunkan Clash of Clans dan Clash Royale sebagai permainan yang asing, dengan dua pasukan berbeza!
Anda takkan tahu apa yang akan berlaku! Kami akan sentiasa membangunkan Clash Royale dan Clash of Clans sebagai permainan tersendiri, dengan pasukan berasingan, tetapi, kami amat gembira berpeluang memperluas dan membina Dunia Clash.
Pergi ke halaman sokongan untuk bantuan bagi masalah yang anda hadapi dengan Clash Royale.
TV Diraja mengumpulkan semua main semula terbaharu dan terhebat.
Dengan mencari dek luar biasa, perlawanan mengecewakan dan sengit, TV Diraja hanya memaparkan pertempuran Arena yang mendebarkan.
Pergi ke TV Diraja untuk strategi, pratunjuk kad dan keseronokan sadis diraja! Apa-apa saja maksud tu.
Minyak eliksir janggut. Bau pain.
Kad: dengan pilihan baharu setiap hari, Kedai akan memaparkan 3 kad berbeza kelasnya. Pilih di antara askar Biasa, Jarang dan Epik. Harga berbeza berdasarkan kekuatan dan jumlah yang dibeli.
Semak “Ahad Epik” untuk pilihan berganda!
Peti Harta Karun: inginkan lebih daripada satu kad pada satu masa? Cuba peti! Dengan tiga pilihan tersedia, pembelian pukal tak pernah rasa begitu hebat.
Permata: digunakan untuk mempercepatkan perkembangan permainan. Dengan permata, peti boleh dibuka serta-merta atau diguna untuk membeli yang baharu!
Emas: digunakan untuk menaik taraf dan membeli askar!
Anda boleh temui barang niaga Clash Royale di Kedai Supercell (BETA)!
Kami harap boleh melancarkan kad dengan lebih kerap, jadi, perhatikan untuk wajah, sihir dan bangunan pertahanan bernyawa pendek yang baharu.