Nota Keluaran

12/2/2018

Kemas kini penyeimbangan! (12/2)

Cara kami mendekati keseimbangan kad dalam Clash Royale adalah melalui gabungan uji main, mendengar pendapat komuniti dan melihat pada statistik. Anda boleh menjangkakan perubahan keseimbangan tetap bagi memastikan permainan menjadi lebih seronok.

Dalam kemas kini penyeimbangan ini, kami melihat pada Kesatria Mega, Tong Rangka, Kesatria dan banyak lagi!

  • Kesatria Mega: Kerosakan Kewujudan dan Lompatan -25%, radius pengerahan berkurang (pengerahan tidak akan melepasi jambatan dan sungai)
  • Tong Rangka: Kiraan Rangka: 8 → 6
  • Kesatria: Nilai nyawa -6%
  • Naga Neraka: Penukaran antara target diperlahankan
  • Valkyrie: Kelajuan serangan: 1.5s → 1.4s
  • Bandit: Julat minimum pecutan: 4 → 3.5
  • Putera Kejahatan: Kelajuan serangan: 1.4sec → 1.3sec; nilai nyawa +5%
  • Pemanah Ajaib: Bersiap sedia...

Beri maklum balas anda di reddit!

Jumpa anda di Arena,
Pasukan Clash Royale