Nota Keluaran

11/12/2017

Kemas kini paling mengejutkan!

SATU ARENA BAHARU

  • Lembah Elektro: Capai Arena baharu ini pada 3400 trofi
  • Arena Legenda: Arena 12 dengan ganjaran (peti, Emas Kemenangan, dll) bertambah secara sewajarnya

DUA KAD BAHARU

  • Zap-Zap: Mewujudkan sekumpulan mesin Zap miniatur. Siapa yang mengawal mereka? Hanya Pakar Pembina tahu.
  • Pemburu: Dia melakukan kerosakan BESAR pada jarak dekat - kurang sikit pada jarak jauh. Sasarannya tidak begitu tepat, tapi, dia mengimbangkannya dengan bulu keningnya yang tebal sekali.
  • Buka kunci kedua-duanya hari ini!

TIGA PETI BAHARU

  • Peti Kilat: Gantikan tindanan kad pilihan anda dengan menggunakan sehingga 5 “Panahan”.
  • Peti Nasib: Lihat sepintas lalu masa depan anda dan lihat apa yang mungkin dikandung di dalam peti.
  • Peti Raja / Peti Raja Legenda: Peti besar yang fokus pada kad Epik dan Legenda
  • Dapatkan peti-peti baharu ini dari Misi dan kedai

EMPAT BENDA LAGI

  • Akan datang pada bulan Disember: Kerubut Emas, Kerubut Permata, Cabaran Khas dan Penggalak!

PENAMBAHBAIKAN

  • Misi “Hadiah Harian” kini akan sentiasa aktif
  • Kad Epik dan Legenda kini muncul lebih kerap di Kedai pada 4000 Trofi.
  • Kad yang berada pada tahap maksimum tidak akan wujud di kedai dan Peti Nasib begitu kerap.
  • Sokongan untuk iPhone X, Samsung Galaxy S8/S8+ dan Note 8

KESEIMBANGAN

Kami berharap anda menyukai kemas kini ini! Beritahu kami pendapat anda di reddit.

Jumpa anda di Arena,
Pasukan Clash Royale